Sesampainya di hadapan rumah Najiha,
aku memeluknya dan mengucapkan terima kasih. Dia pantas berlalu pergi setelah
barangnya diambil dari but kereta. Tinggallah aku dengan Mikael sahaja didalam
kereta sekarang. Aku hanya diam. Aku malu. Aku berasa kekok ditinggalkan berdua
dengan Mikael. Samalah seperti di dalam wad tempoh hari. Memang aku berasa
sangat kekok berdua dengannya. Perkenalan yang tidak sampai 2 hari tetapi
sekarang dia yang berada denganku ketika aku terlantar di hospital. Kejadian
pelik apakah ini? Keajaiban dunia abad ke 21 ke?
“Lisa..let’s have lunch together
before I bring you home. Okey?” Mikael bersuara memecahkan segala perkara yang
bermain difikiranku.
“Takpelah Mikael. I kenyang lagi.”
Nampak sangat aku menipu sebab dari pagi tadi, aku tidak menjamah apa pun dan
Mikael tahu itu.
“Come on. You didn’t eat anything
since morning. I’ll buy you a drink if you don’t want to eat. Is that okey?”
Mikael cuba memujukku.
“Okeylah kalau macam tu.”
Mikael tersenyum lalu memandu laju
menuju ke destinasi yang sudah berada dalam fikirannya. Dia tidak pula
mencuri-curi pandang aku ketika ini. Mungkin dia sudah mulai sedar yang aku
tidak selesa. Mikael memberhentikan keretanya di sebuah gerai.
“Do you mind if we just eat here
cause this is my favourite place.” Kata Mikael. Tidak pula ku sangka, jejaka
setampan dan sekaya dia mengajak aku untuk makan di gerai tepian jalan sahaja.
Ini sudah bagus. Cukup bagus. Merendah diri pada seorang jejaka sememangnya
mampu menambat hati wanita seperti aku. Eh, bukan aku. Ah!
“I tak kisah pun. Jomlah.” Aku keluar
bersamanya. Dia seakan faham yang aku sudah biasa makan di gerai-gerai seperti
ini berbanding di restoran yang mahal-mahal. Di Kuala Lumpur, gerai cikai
seperti ini pun mampu menelan sehingga RM10.00 seorang. Inikan pula di
restoran-restoran mahal.
Mikael memesan nasi goreng ayam dan
aku pula nasi goreng pattaya. Dia memandang aku dengan penuh keperlian ketika
aku memesan makanan kerana aku juga yang sombong tidak mahu makan tadi. Mikael
seorang jejaka yang menarik. Dia tidak merokok, keretanya dijaga dengan rapi
kerana tiada sebutir sampah pun didalamnya dan dia juga sangat merendah diri.
Tidak mustahil untuk mana-mana perempuan jatuh hati kepadanya.
“May I ask you something, Mikael?”
sesuatu bermain di mindaku.
“What? Ask me anything. I’ll answer
it.” Jawab Mikael, pantas.
“Kenapa you cakap english 24 jam
sedangkan you faham bahasa Melayu?”
“Oh. Bout that huh? Because I’ve
grown up in Canada. I just got back to Malaysia few months ago. I guess I just
can say a few words. It’s embarassing if you’re a Malay and you can’t talk
Malay. Isn’t it?” Mikael ketawa.
“Then, macam mane you boleh faham
bahasa Melayu kalau you tak boleh cakap bahasa Melayu?”
“My parents always speaks in Malay
though they live in Canada but they not practically teach their childrens to
talk Malay. I’m just pick up few words here and there and trying to understand
them. From there, I learned Malay but I can’t speak Malay cause I have canadian
slang. It sounds awful when you talk Malay with canadian accent you know.”
Mikael ketawa lagi.
“I boleh ajar you. Nak?” aku
mempelawa diri aku mengajarnya? Apa aku dah buat?
“Wow. That’s great! I love to. Thank
you.” Aku mula menggaru kepala. Apalah mulut aku suka terlepas sebelum otak aku
sempat berfikir. Nasib badan.
“Welcome.” Aku senyum dengan
ketidakikhlasan.
Makanan yang dipesan akhirnya siap.
Menariknya tentang Mikael, dia sangat tertib ketika makan. Segalanya disusun
rapi. Dia memastikan cawannya berada di sebelah kanan. Caranya memegang sudu
juga amat tertib. Mungkin kerana dia merupakan seorang yang dibesarkan dalam
keluarga yang kaya-raya maka, ianya sudah lali dalam kehidupan sehariannya.
Selesai makan, aku dihantar pulang ke
rumah. Aku mengucapkan terima kasih kepada Mikael lantas dia pulang. Aku masuk
ke rumah dengan menghela nafas panjang. Akhirnya, aku kembali ke rumah setelah
hampir 5 hari aku meninggalkannya.
Aku duduk di beranda rumahku. Sejak
pulang tadi, aku tidak sekali pun masuk ke kamarku kerana aku meletakkan
terlalu banyak gambar aku dan Iman. Hanya pedih yang akan ku rasakan jika aku
menjejakkan kaki ke situ.
Aku memikirkan Iman dan gadis yang
mengangkat telefon tempoh hari. Mereka sekarang berada di satu tempat. Mungkin
sedang bersama. Mungkin sedang bahagia. Mungkin sedang cuba mengikat kasih
sayang antara mereka. Aku yang bodoh masih memikirkan Iman tetapi aku suka. Aku
suka memikirkan tentang dia. Walaupun pedih itu seribu kali lebih tinggi
parasnya daripada mencintai Iman namun, aku tabah. Aku tabah kerana aku tahu
Iman pasti ada sebab melakukan aku seperti ini.
………………………………………………………………………………………………………………………….
Semenjak aku keluar dari hospital,
Mikael semakin rapat denganku dan aku juga semakin selesa dengannya. Dia tahu
cara untuk mengambil hatiku. Setiap hari, pastinya ada satu coklat ‘Kisses’
diletakkan di dalam begku. Mulanya aku tidak tahu siapa yang memberinya namun
lama-kelamaan, setelah pelbagai risikan dijalankan, barulah aku tahu yang
Mikael memasukkan coklat itu setiap kali aku tidak memandangnya.
Iman sudah semakin jauh dari
ingatanku. Aku tidak mahu hidup dengan zaman silamku. Ianya sukar, amat sukar
namun aku gagahkan hati. Najiha dan Mikael banyak membantu aku untuk melupakan
Iman sedikit demi sedikit. Melupakan itu tidak mungkin tapi cukuplah sekadar
aku cuba hidup tanpa berpegang kepada memori bersamanya. Kebanyakan masanya,
Mikael lah yang membantu aku. Dia sentiasa ada ketika aku memerlukannya. Aku
sangat terhutang budi kepadanya.
Mikael sudah boleh berbahasa Melayu
semenjak aku selalu bersamanya. Dia juga lebih gemar menggunakan bahasa Melayu
apabila berbicara dengan aku. Namun, dia masih takut-takut untuk menggunakannya
apabila berbual dengan orang lain selain aku dan Najiha. Mikael juga banyak
belajar mengenai aku. Dia sudah tahu apa yang aku gemar dan kurang minat. Dia
amat menjaga hubungan aku dengannya. Mungkin kerana dia tahu aku pernah terluka
dulu.
Selepas habis kelas petang itu,
Mikael mengajak aku dan Najiha untuk pergi menonton wayang. Malangnya, Najiha
perlu pulang kerana ada family dinner. Aku dengan Mikael sajalah nampaknya.
Mikael mengajak aku menaiki keretanya memandangkan aku tidak membawa kereta ke
kolej hari ini. Aku masuk ke dalam kereta Mikael tanpa rasa kekok seperti dulu
lagi.
“Mikael, kita nak tengok wayang kat
mane ni?” tanya aku.
“You betul nak tengok wayang ke? Kita
pergi tempat lain nak?” cadang Mikael.
“Ish you ni. Tadi kata nak pergi
tengok wayang.”
“Lisa.. I bawak you pegi tengok
tempat paling cantik sekali. Nak?” Mikael kelihatan ceria.
“Yelah Mikael. Kereta you. I ikut je
ye.” Kata aku menurut.
Sambil Mikael memandu keretanya, aku
terperasan sesuatu yang pernah aku sedari dulu. Memandangkan dia berkemeja
lengan pendek hari ini, aku ternampak parut yang agak teruk di lengan kanannya.
Hampir keseluruhan tangannya agak cacat kerana parut itu.
“Mikael, may I ask you something?”
tanya aku.
“Anything Lisa. What?” jawab Mikael.
“Parut tu. Kenapa ek?”
Mikael terkejut. Keretanya dibrek
secara tiba-tiba sehingga nyaris dilanggar kenderaan belakang. Aku tersentak.
Soalanku tadi mungkin mengejutkan Mikael. Mikael kembali memandu kenderaannya
tanpa memandang aku sedikit pun.
“Sorry. I tak tahu you tak suka I
tanya pasal tu. Sorry sangat.” Kata aku dengan rasa bersalah yang amat sangat.
“No. It’s okey. I yang terkejut sebab
you tiba-tiba tanya. I ingat you takkan tanya sebab selama ni you nampak, you
tak tanya pun.” Mikael senyum sambil berbicara denganku.
“I tak tanya sebab ni la. I takut you
tak selesa.”
“Oh. I okey je kalau you nak tahu.
So, you nak tahulah ni?” Mikael memandang aku dengan mengangkat kening kirinya.
Jejaka ini benar kacak, kata hatiku.
“Ceritalah. I dengar.”
“Tangan ni jadi macam ni sebab
kekasih lama I dulu. I sayangkan dia sangat. I nak kahwin dengan dia tapi belum
sempat pun I jadikan dia isteri I, dia pergi tinggalkan I untuk orang lain.
Kawan baik I sendiri. Satu hari tu, I tak tahu kenapa hati I tergerak untuk
pergi rumah ex I ni. I nak penjelasan dari dia. I ketuk pintu rumah dia then,
keluarlah kawan baik I tu tak berbaju dan hanya menyarung tuala je. I
betul-betul terkejut. I kenal sangat ex I tu macam mane. Dia alim budaknya.
Takkanlah dia sanggup buat perkara tak patut dengan kawan baik I tu. So, I
tolak pintu, I masuk. Kawan baik I tu halang I tapi I berjaya bagi tumbukan
padu pada dia. Dia jatuh. I jengah setiap bilik dalam rumah tu. Satu pintu
tertutup dan I pasti ex I ada dalam tu. I tengok dia tengah berbaring dalam
keadaan bogel. Hancurnya hati I masa tu, hanya Tuhan yang tahu.” Mikael
berhenti sejenak. Mungkin pedihnya masih belum hilang.
“Then, kawan baik I tu bangun dan
pukul I. Memang I pukul dia sehabis tenaga I. Perempuan sesuci dia sanggup gadaikan
maruah untuk mamat tak guna tu. I betul sakit hati. I tumbuk muka kawan baik I
tu sampai patah hidung dia. Then, ex I keluar dari bilik dengan hanya bertuala
untuk leraikan pergaduhan I dengan kawan baik I tu tapi tak berjaya. Akhirnya,
ex I ambik keputusan drastik dengan mengambil air panas dari dapur dan
menuangkannya ke lengan kanan I ni. I sakit. Sakit sangat masa tu tapi I tahan.
I kuatkan diri untuk tetap pukul lelaki yang menodai dia. I sayangkan dia. I
cinta dia amat sangat.” Kelihatan Mikael menggenggam stereng keretanya dengan
kuat. Aku mulai risau.
“Lengan I berdarah-darah. Kulit I pun
dah hancur. Makin lama, I makin lemah. Kawan baik I ambik peluang tu untuk
pukul I sekuat hati. Memang I nak pukul dia tapi I dah tak larat. Mungkin sebab
I kehilangan darah masa tu. I pengsan dan I sedar I ada dalam kereta I. Tangan
I yang kena air panas tu memang teruk. I nak memandu, kepala I betul pening
tapi I kuatkan semangat. I pandu kereta sampai hospital. I terus rebah bila I
sampai depan emergency. Nasib baik I sempat diselamatkan tapi yang sakitnya,
parut ni takkan hilang. Parut ni buatkan I ingat kecurangan dia pada I.
Murahnya dia. Sakitnya sampai sekarang I rasa lagi.” Mikael mungkin sedang
menahan airmatanya. Aku tidak tahu tapi aku faham apa yang dia rasa. Kecurangan
itu memang sakit.
“Maafkan I, Mikael. I tak patut buat
you ingat balik semua ni. I minta maaf.” Aku mengurut lengan kirinya. Dia
tersenyum memandangku.
“Takpe. I tak kisahlah Lisa. I dah
ada you.” Aku terkejut dengan ayat yang disebutnya tadi.
“You ada I?” tanya aku dengan muka
penuh tanda tanya.
Mikael memberhentikan keretanya.
Tempat yang ingin ditujuinya telah sampai. Mikael menoleh memandang aku.
Memandang tepat ke mataku.
“Lisa.. I tahu you terluka. I tahu
you pun rasa apa I rasa. I suka you, Lisa. I suka you dari pertama kali I
nampak you. I tak tahu kenapa tapi perasaan I kuat katakan yang I perlu kenal
you. I perlu jaga you. Sebab tu, I tak kisah tunggu you, Lisa kalau tu yang you
nak.” Kata Mikael.
“Mikae….”
Belumpun sempat aku menghabiskan
ayat, Mikael merapatkan bibirnya ke bibirku. Dia mengucupku dengan perlahan.
Aku tidak mahu tapi aku menikmati ciumannya. Bibirnya sejuk. Tapak tangan
kanannya diletakkan di pipiku. Dia tiba-tiba menarik badannya dariku dan
memberhentikan ciuman.
“I’m sorry, Lisa. No, I’m sorry. I
really am.” Kata Mikael penuh kesal.
Aku tidak tahu ingin menjawab apa
kepadanya. Adakah ‘it’s okey’ atau ‘you tak patut buat macam ni’. Entah. Aku
sendiri menikmati ciumannya tadi walaupun dalam hatiku ianya berat untuk aku
terima. Aku hanya diam. Mikael mula resah. Dia memandangku dengan penuh
kekesalan.
“Lisa..maafkan I. I tak patut buat
macam tu.”
Aku meletakkan jari manisku di bibir
Mikael. Dia terdiam.
“Mikael..i pun suka you, sayang. I
suka you sangat-sangat. Selama ni, I cuba untuk tipu diri I mengatakan yang I
tak suka you tapi tak boleh. Berapa lama lagi I nak hidup dengan kenangan
lepas? Dia dah bahagia. Kenapa I nak menderita? You pernah kata lelaki semua
berbeza dan you. You, sayang. You yang paling berbeza antara mereka. You yang
terbaik. I love you, Mikael.”
Aku kembali mengucup bibirnya. Dia
membalas ciumanku. Aku dapat rasakan ini detik yang sangat membahagiakan bagiku
setelah sekian lama aku tidak merasai bahagia.
“Terima kasih, sayang.” Kata Mikael
kepadaku dengan tangannya menggosok kepalaku.
Petang itu, aku menghabiskan masa
dengan Mikael hanya dengan saling berbicara tentang bagaimana kami saling
memendam rasa selama ini. Mikael banyak kali menggelakkan aku kerana dia tidak
menyangka aku akan membalas cintanya. Aku bahagia. Akhirnya, aku bahagia dengan
jejaka bernama Mikael ini.
……………………………………………………………………………………..
Keesokan harinya, aku memulakan hidup
baru. Senyuman terukir dibibirku. Aku bahagia. Sangat bahagia mempunyai seorang
jejaka kacak dan baik hati disampingku. Mikael memanduku ke kolej. Dia kata itu
merupakan salah satu tanggungjawabnya sekarang memandangkan dia sudah menjadi
kekasihku.
Selama berada di dalam kelas, Najiha
asyik memandangku. Dia syak aku tidak menceritakan sesuatu kepadanya.
“Kalau kau tak buat sengih kerang kau
tu, aku takde tertanya-tanya sekarang ni. Kau tahu?” kata Najiha kepadaku
dengan nada perlahan memandangkan pensyarah sedang mengajar di depan.
“Aku senyum pun salah.” Jawab aku.
“Aku tahu kau rahsiakan sesuatu dari
aku. Aku tahulah aku ni buruk tapi janganlah sampai kedekut nak cerita.”
“Lepas kelas, aku ceritalah. Sabar
boleh?”
“Kau jangan macam-macam dengan aku,
Lisa. Kau mesti nak rahsiakan benda ni dari aku. Cerita jelah sekara…”
“Melissa and Najiha. Please get out
from my class now since you’re too busy talking to each other. Get out now!”
pensyarah aku perasan kami berbual.
bersambung