Tak mungkin untuk aku menceritakan
hal Iman kepada jejaka yang tidak aku kenali ini. Aku hanya mampu tersenyum
lalu memalingkan muka ke arah bertentangan. Aku pejamkan mata. Aku membiarkan
Mikael penuh tanda tanya. Aku memandang ke arah dinding yang kosong. Teringat
pula aku kepada dinding rumahku yang penuh dengan gambar-gambar aku dan Iman.
Mungkin jika aku pulang ke rumah nanti, pedihnya akan amat aku rasai. Aku sudah
mulai menangis. Airmata ini sudah letih mengalir dipipiku tetapi aku
membiarkannya. Aku tidak mahu menahan sakit yang amat sangat seperti ini. Aku
perlu melepaskan segala bebanan dalam fikiranku dengan menangis.
“Hey Lisa. Are you okey?”tanya Mikael
setelah menyedari aku menangis sambil duduk atas katilku dan memelukku.
“Mikael..kenapa lelaki menipu?” tanya
aku yang erat didakap Mikael.
“Cause man are stupid. That’s all
Lisa.” Jawab Mikael.
“Kenapa lelaki tak setia? Kenapa
lelaki curang?” airmataku mengalir semakin deras.
“Lisa..once again. Man are stupid but
there’s a difference between man and gentlemen Lisa.” Kata Mikael.
“Semua lelaki sama Mikael.” Kata aku.
“Lisa..did you believe that all
apples are the same? What about the green apples? Aren’t they green and they
taste different from the red apple? Why you have to label all man are the same?
It’s not fair for the man that are different. I mean, who’s loyal and caring
about the relationship.”
“Jadi, macam mana pula dengan lelaki
yang menipu? Kenapa semua lelaki dalam dunia ni mesti menipu? Yang sakitnya,
hati perempuan.”
“Don’t you know that everyone in this
world has to lie? It’s a must. We’re all designed to make mistake. Then, from
the mistake, we learn. Learn how to be a better person.”
“Tapi bukan semuanya belajar dari
kesilapan.” Kata aku.
“There you go. Everybody ain’t the
same right? That’s what I mean. You say that not all people will learn from
mistake so, all man aren’t the same either. Can’t you see?”
Aku terdiam. Masih dalam dakapan
Mikael. Aku tidak tahu mengapa aku membiarkannya. Aku selesa dalam dakapan
orang asing ini. Badannya yang agak sasa menyebabkan badan aku benar-benar
terletak di tubuhnya. Mungkin aku hanya memerlukan bahu untuk menangis. Jadi,
kerana itu aku tidak menolak ketika dia datang dan memelukku erat.
“Amboi..sedapnya peluk-peluk.”
Kedengaran suara Najiha yang baru saja memasuki ruang kamar wadku.
Mikael bingkas bangun meleraikan
pelukan dan begitu juga aku.
“Oh. Ada pape ke kau nak cerita dekat
aku, Lisa? Mikael?” tanya Najiha.
“Takde apelah Jiha. Nanti kat rumah,
aku cerita pada kau. Okey?” jawab aku meyakinkan Najiha.
“Iyelah. Aku ni memang selalu
ketinggalan cerita-cerita hot kau tu. Mentang-mentang ada Mikael.” Najiha
mencebik Mikael yang berdiri tegak disebelah katilku.
“Jiha..you know what? Aku rasa aku
nak makan chocolate moist la.” Kata aku penuh manja.
“Nak aku pergi carikan untuk kau la
tu. Ishhh, budak besar sorang ni. Tak pernah aku faham kenapa umur dia 21 tahun
tapi perangai entah pape.” Kata Najiha.
“Pleaseeeee.” Aku membuat muka manja
lantas Mikael bersuara.
“I’ll go. I’ll find chocolate moist
for you. Okey?” tanya Mikael.
Aku sekadar mengangguk. Merah padam
muka aku setelah Mikael menawarkan dirinya untuk membeli sesuatu yang aku
minta. Najiha sekadar tersengih. Aku menekup bantal ke mukaku setelah Mikael
beredar. Malunya tidak dapat kutanggung. Najiha cuba menarik bantal itu dari
mukaku.
“Eleh..malu-malu kambing konon.
Sukalah tu Mikael pergi belikan. Entah-entah dia terus beli kilang buat
chocolate moist. Hah, macam mane?” tanya Najiha kepadaku dengan nada perli yang
pada aku sungguh menjengkelkan.
“Kau ni kalau sehari tak buli aku,
memang tak sah kan?” kata aku kepada Najiha. Najiha menarik hidungku.
“Sebab kau tu manja sangat.
Asyik-asyik aku aje nak manjakan kau. Kau tak manjakan aku pun. Jadi, aku
bulilah kau.”
Aku menarik tangannya sekuat hati
untuk melepaskan cengkaman jari-jemarinya di hidungku. Ah, merah. Serupa badut
sudah rupaku. Najiha menggelakkan aku, puas hati. Aku menepuk belakang badannya
sekuat hati. Geram sungguh hatiku kepada anak perempuan Najman ini. Mahu saja
aku melemparnya ke Sungai Klang.
“Weh, Lisa. Apa yang jadi kat tasik
hari tu? Kau nak cerita kat aku tak?” tanya Najiha.
Mulutku terasa berat. Bukan tidak
mahu menceritakannya tapi tidak mudah untuk aku katakan yang Iman
meninggalkanku kerana dia mahukan wanita lain. Aku sendiri tidak memahami perangai
Iman yang dahulunya begitu setia namun kerana seorang wanita lain, dia pergi
meninggalkan aku.
“Yang kau termenung lagi tu kenapa?
Cepat cite.” Kata Najiha.
“Yelah. Hari tu, Mikael duduk sebelah
aku kan? Aku teringat kat Iman. Iman suka sangat duduk sebelah aku. Curi-curi
pandang aku masa aku baru kenal dia. Aku rindu tu. Habis je kelas, aku
menangisla. Aku drive kereta sampai tasik yang Iman bawak masa birthday aku
tahun lepas. Sampai je kat sane, aku tak dapat tahan lagi rindu aku pada dia.
Aku telefonlah dia. Last-last, perempuan yang angkat. Aku tanya siapa dia, dia
kata dia kekasih Iman.” Jelas aku kepada Najiha.
“Jadi, kau pengsan sebab kau tak
dapat terima semua tu? Macam mana kau tahu perempuan tu cakap benda yang betul
atau tak?” tanya Najiha.
“Aku pun fikir benda yang sama tapi
entahlah. Iman yang aku kenal bukan macam tu. Iman yang aku kenal, tahu apa
yang dia nak. Tahu utamakan apa yang penting. Kalau dia rase study tu penting,
dia akan utamakan study dulu dari segalanya tapi suara perempuan tu betul-betul
meyakinkan aku yang dia kekasih Iman. Tukar-tukar nombor telefon bagai. Takkan
Iman akan buat sampai macam tu kalau perempuan tu bukan kekasih dia. Betul
tak?” kata aku.
“Betul jugak tu. Kau kenal ke suara
perempuan tu?”
“Macam aku biasa dengar tapi aku tak
ingat sangat.”
“Iman tu pun satu. Tak pernah cukup
dengan sorang.”
Kata-kata Najiha itu umpama duri yang
tertusuk dalam hatiku. Sakit. Perit rasanya. Airmataku mula mengalir.
“Dahlah Lisa. Janganlah menangis. Kau
kuat. Aku tahu kawan aku ni kuat. Kau nangis, Iman takkan datang balik. Dia
bukan tahu pun betapa sakitnya kau kat sini. Kau jangan seksa diri kau. Tu ha.
Berderet lelaki tunggu nak kat kau. Petik jari jelah kawan.” Kata Najiha
mengembalikan semangat aku.
“Aku taklah cantik macam kau, Jiha.”
Kata aku teresak-esak.
“Aik. Perli aku nampak. Dalam
tangisan ada keperlian ye kau ni Lisa.”
Aku tersenyum lantas Najiha memeluk
aku erat. Najiha sahajalah tempat aku berkongsi pahit manis kehidupan ini
selain dari Tuhan Yang Satu. Najiha bangun menuju ke luar. Entah apa tujuannya.
Aku hanya berbaring mengadap siling. Wajah iman masih segar dalam ingatanku
walaupun dia sudah pergi meninggalkan aku keseorangan disini.
Pintu diketuk dan seorang jejaka
tinggi lampai masuk. Itu Mikael. Di tangannya terdapat dua bungkus plastik.
“Okey. This is what you want and this
is what you got. Here’s your chocolate moist.” Dia menghulurkan sebungkus
plastik berisi satu kotak sederhana yang didalamnya terdapat chocolate moist.
Aku tersenyum namun hatiku tertanya-tanya apa lagi yang terisi di dalam plastik
satu lagi yang dia pegang itu.
“And I also bought 3 novels for you.
I hope you like it. Just to fill your time while you’re in here.” Dia memberi
plastik itu kepadaku. Bagaimana dia tahu aku gemar membaca novel, entahlah.
Mungkin zaman sekarang, lelaki memang dah tahu yang perempuan suka baca novel
kot.
“Thank you Mikael. Susahkan awak je.
Nanti saya ganti duit awak ni eh?” kata aku kepadanya.
“There’s no need to pay back. Just
take it as my thanks to you who helped me before. Okey?” dia tersenyum.
Entahlah. Setiap kali Mikael
tersenyum, hati aku seperti riang. Suka aku melihat dia tersenyum dengan lesum
pipit yang terbentuk di kiri dan kanan pipinya. Ternyata, dia mempunyai
senyuman yang menawan. Aku tertanya-tanya juga mengapa dia asyik mencuba untuk
berada disini sedangkan dia boleh pulang dan menguruskan hal lain dalam
hidupnya. Aku ada Najiha. Selama ini pun, kalau aku susah, Najiha lah yang
bersusah payah menjaga aku. Tidak pula Najiha meminta sesiapa untuk menolongnya
tetapi kali ini, lain pula.
Aku menjamah chocolate moist itu
setelah Najiha kembali berada di dalam kamar wadku. Aku menyuapnya dan dia
menyuap aku. Mikael hanya tersenyum melihat keletah kami kerana setiap kali aku
dan Najiha ingin menyuapnya, dia hanya memalingkan muka tanda tidak mahu.
Mungkin kerana dia tidak menyukai chocolate moist seperti aku.
Aku dibenarkan pulang keesokan
harinya memandang keadaanku sudah stabil. Aku dan Najiha mengemas barangku yang
berada di wad itu manakala Mikael menunggu di kereta. Najiha memberitahuku
bahawa Mikael memandu keretanya hari ini. Keretaku sudah dibawa pulang oleh
Najiha selepas aku ditemui di tasik tempoh hari.
Aku dan Najiha turun ke tempat letak
kereta setelah selesai urusan di wad. Kami mencari-cari kenderaan yang dinaiki
oleh Mikael lalu terdengar hon dari arah kanan. Kami menoleh dan disitulah
Mikael berada dengan menaiki Mitsubishi Lancernya. Jejaka ini memakai kereta
yang sama dengan Iman. Lagilah membuat aku teringat padanya. Najiha menarik tangan
aku lantas membawa aku ke kereta Mikael.
Masuk sahaja ke dalam kereta, aku
dipaksa oleh Najiha untuk duduk di bahagian hadapan bersama Mikael. Aku sudah
tersipu malu kerana ada sesetengah lelaki hanya memberi tempat duduk itu untuk
kekasihnya. Hendak saja aku menarik telinga Najiha tadi namun malangnya dia
berjaya mengelak.
“So, how do you feel today Lisa?”
tanya Mikael kepadaku.
“I’m okey. Rase bersemangat nak mula
hidup baru.”
“Apa aku cakap ni?
‘Bersemangat nak mula hidup baru’? Itulah padahnya bila tak berfikir dulu
sebelum bercakap, Lisa.” kata aku kepada diriku.
“Good. You have to move on, Lisa. We
only live once.” Mikael tersenyum lalu membiarkan sebelah tangannya untuk
memegang bahuku.
“Yeah.” Balas aku dengan penuh
ketidakyakinan.
“Najiha, do you want something to eat
before I drive you home?” tanya Mikael kepada Najiha.
“Nope. Thank you. Bawak jelah aku
balik. Aku nak tidur. Mata aku dah macam spesis haiwan terancam dah ni.”
Kami tergelak.