Aku dan Najiha keluar dari kelas.
Mikael hanya memandangku tanpa sebarang riak muka. Aku malu.
“Tulah kau. Aku suruh sabar, taknak sabar.
Tengok sekarang. Hishh.” Bentak aku kepada Najiha.
“Kaulah senyum-senyum macam kerang
busuk. Buat aku nervous je. Kau ada cerita bestkan?” Najiha memujuk untuk
menceritakan kepadanya. Itulah Najiha. Tidak pernah kisah ketika aku marah.
“Nak sangat tahukan? Aku dah couple
dengan Mikael semalam.”
Jeritan keriangan Najiha menyebabkan
ramai memandang kami. Aku menekup mulut Najiha dengan tanganku.
“Kau memang tak tahu malukan? Ish kau
ni. Ni buat aku malas nak cakap dengan kau tau.”
“Kau, Mikael, couple? Oh myyy.
Sukenye aku. Bestnye. Bestnye. Bestnye!” Najiha masih keriangan. Aku tidak
tahulah apa yang menarik sangat mengenai aku dengan Mikael. Bagi aku, ianya
sama saja seperti couple-couple lain.
“Dah. Tak payah suka sangat. Dahlah
kena halau dengan lecturer. Kau suka pulak kat sini.” Kata aku.
“Mahunye aku tak suke tengok kawan
aku bersama jejaka paling kacak dalam kolej ni? Nasib baik aku tak jatuh
pengsan masuk wad 3 hari sebab terkejut tau.” Najiha memerli aku. Aku tahu
sangat.
“Dah. Jom pergi kafe. Lunch.” Aku
mengajak Najiha sambil tanganku menaip mesej buat Mikael.
‘Sayang.. I nak mkn dgn Jiha
kt kafe. Dtg cni pas hbs kelas okey? Ily.’
Aku melajukan langkah memandangkan
perutku juga sudah lapar. Pagi tadi aku tidak sempat bersarapan walaupun telah
diajak oleh Mikael.
Aku duduk setelah memesan mee goreng
sebagai makanan tengahariku. Najiha pula sibuk dengan nasi campurnya. Aku
menunggu Mikael. Sungguh aku gembira walaupun baru sehari bergelar kekasihnya.
Selepas setengah jam aku menunggu,
akhirnya muncul jejaka yang berjaya mencuri hatiku. Berdiri tegap di pintu kafe
mencari kedudukanku. Semua gadis yang berada disitu memandangnya. Aku
melambaikan tangan. Aku akui pasti ramai yang mencemburuiku kerana aku tidak
punya rupa dan harta tetapi jejaka sekacaknya boleh terpikat kepadaku.
Entahlah. Aku sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Mikael jatuh hati
kepadaku.
“Lama tunggu? Sorry.” Kata Mikael
dengan suara garaunya.
“Takla.” Jawab aku.
“Taklah sayang. Baru je tunggu ni.
Aku dah setengah jam tunggu kau la Mikael. Penat. Naik kematu bontot aku. Nasib
baik aku dah makan. Kalau tak, aku dah mati kebulur. Oh. Kau dah bercinta
dengan kawan aku, bukan nak cakap dengan aku dulu eh?” kata Najiha sambil
memandang tajam ke arah Mikael.
“Oh. Kena beritahu kau dulu eh?
Okey-okey. Aku nak Lisa, boleh cik Najiha?” tanya Mikael. Aku hanya tersenyum
melihat keletah mereka berdua.
“Tak boleh kalau akhirnya kau
hancurkan hati dia. Kalau nak, kena janji dengan aku, kau jaga dia baik-baik.
Jangan buat dia macam sampah. Jangan layan dia macam haiwan peliharaan. Jangan
lupakan dia. jangan sakitkan hati dia. Faham?!” kata-kata Najiha itu membuatkan
aku terharu mempunyai sahabat sepertinya.
“Saya janji, Najiha. Cross my heart.”
Jawab Mikael, yakin.
“Dah. Tak payah merepek lagi. You
pergi makan. Cepat.” Aku mengarahkan Mikael. Dia segera bangun dan memesan
makanan. Aku dan Najiha saling tersenyum.
“Untunglah kau Lisa.” Kata Najiha.
Aku hanya memandang Mikael.
Memandangnya dengan penuh rasa cinta. Bukan kerana kesempurnaannya tetapi
kerana hatinya. Aku hanya berharap agar hubungan ini akan kekal sehingga akhir
hayatku. Aku hanya berharap apa yang terjadi dulu tidak akan terjadi lagi dalam
hidupku. Hanya dia yang aku mahu.
Telefonku berdering. Nombor yang
tidak ku kenali. Belumpun sempat untuk aku angkat, talian telah diputuskan.
Mikael sibuk menjamah makanannya dengan penuh berselera.Najiha sibuk dengan
telefon bimbitnya. Aku pula tertanya-tanya siapa yang menelefonku tadi. Ah,
persetankan sahajalah memandangkan aku sudah malas melayan jejaka-jejaka lain.
Selesai makan, kami bertiga melepak
di kafe kolej sambil menceritakan bagaimana aku boleh tersangkut dengan mamat
yang dulunya aku tidak suka ini. Najiha banyak kali mengutukku tetapi aku
endahkan. Mikael pula hanya menggelakkan aku dan sekali-sekala aku mencubitnya.
Kali ini, telefon bimbit Mikael pula
berdering. Muka Mikael berubah serius.
“Yeke? Oh. Okey. Aku datang
sekarang.” Mikael bangun dari kerusinya dengan muka yang agak cemas.
“Siapa tu sayang?” tanya aku.
“Kawan I. Motor dia rosak. I pergi
tolong kejap eh.” Tanpa berlengah, Mikael pergi meninggalkan aku. Aku tidak
tahu pula dia akan jadi sebegitu risau walhal motor kawannya rosak sahaja,
lainlah kalau rakannya meninggal dunia.
Aku mengajak Najiha pulang
memandangkan Mikael sudahpun pulang untuk menolong rakannya. Aku berjalan kaki
menuju ke hostel Najiha sebelum pulang ke rumahku. Najiha masih tak henti-henti
mengutuk aku bercouple dengan Mikael. Aku sudah semakin lali dan kali ini aku
memekakkan telinga. Telefon bimbitku berdering sekali lagi dan nombor yang sama
tertera.
“Helo. Siapa ni?” tanya aku tetapi
senyap tiada jawapan. Berulang kali aku mengajukan soalan yang sama tetapi
masih kekal diam lantas aku memutuskan talian.
“Siapa tu?” tanya Najiha kepadaku.
“Entah. Senyap je.” Kata aku selamba.
“Woooo. Spoookyyy.”kata Najiha
kononnya ingin menakutkan aku.
Aku hanya diam dan berjalan perlahan.
Fikiranku ligat berfikir siapa yang menelefonku tadi. Sesampainya di hostel
Najiha, aku pun tidak perasan. Apa yang aku dengar hanyalah Najiha menjerit
mengucapkan selamat tinggal kepadaku. Aku tidak mengendahkannya. Bukan kerana
aku tidak dengar tetapi fikiranku sibuk berfikir sesuatu.
Setibanya di rumah, aku terus masuk
ke bilik dan berbaring di katil. Kini, tiada satu pun gambar iman didalam
bilikku. Mungkin benar, aku telah melepaskannya pergi kepada seseorang yang
lebih baik. Telefonku berdering sekali lagi. Nombor yang sama. Aku lekas
menjawab.
“Hey. Siapa ni? Jangan main-main
boleh tak? Aku telefon polis nanti.” Kata aku dengan marah.
Panggilan diputuskan. Siapa pula yang
sanggup menelefonku tapi tidak bersuara ni? Ah, buat sakit saja otak aku untuk
memikirkannya. Malas. Aku meletakkan telefon bimbitku didalam ‘silent mode’
lantas aku tertidur.
……………………………………………………………..
5 bulan berlalu dengan sangat pantas.
Hubungan aku dengan Mikael semakin hari semakin rapat. Kami saling mengenali
hati budi masing-masing. Dia juga sudah menemui kedua ibu bapaku untuk masuk
meminang. Ianya merupakan keputusan yang aku tidak sangka akan dibuat oleh
Mikael walhal hubungan ini masih mentah. Aku yakin Mikael buat begitu kerana
dia tidak mahu kehilangan aku seperti dia kehilangan kekasihnya dulu.
Cuti semester merupakan hari yang
paling membosankan buat aku. Aku terpaksa menghabiskan masa terperap didalam
rumah. Semenjak hari aku ditelefon oleh nombor yang tidak dikenali, sehingga
sekarang nombor itu masih menelefon aku. Laporan polis telah dibuat sebagai
langkah berjaga-jaga.
Mikael risaukan aku. Dia sangat takut
jika sesuatu yang buruk berlaku kepadaku. Dia banyak kali berpesan agar jangan
leka dan menjaga diri aku sebaik-baiknya. Aku tahu itu dan dia sendiri sedar
aku menyayanginya dan pasti, sangat pasti yang aku akan menjaga diriku
sebaik-baiknya untuk Mikael.
Nasib baiklah Najiha bekerja di warung
ibunya yang tidak terlalu jauh dari rumahku. Dapatlah aku menolong atau
menyibukkan diri di sana. Mak Kiah, ibu Najiha juga sudah menganggap aku
seperti anaknya. Setiap kali aku datang ke warung tersebut, pastinya hidangan
yang lazat-lazat disajikan buatku.
Bagi melepaskan kerinduan aku kepada
Mikael yang berada di Kuala Lumpur dan aku di Johor, kami selalu menggunakan
‘Skype’. Cukuplah sekadar dapat mendengar suaranya, senyumannya dan
pandangannya untuk satu hari. Pasti aku akan merasa sangat bahagia.
Aku memasuki bilikku dengan penat
yang amat sangat setelah menolong Najiha di warung ibunya sejak dari pagi
hingga malam ini. Aku berbaring dan telefonku berdering. Mulanya, malas untuk
aku angkat kerana aku tahu jika nombor ini yang menelefon, pastinya tiada siapa
yang akan bercakap tetapi disebabkan aku berada didalam ‘mood’ yang baik, aku
menjawab.
“Helo. You nak ape call I selalu
sangat ni? Bazir kredit you. I tak marah pun. Cakaplah ni sape.” Aku berkata
dengan lembut.
“Ni Iman, Lisa.”
Aku terkejut. Tak mungkin Iman. Apa
lagi dia mahukan dalam hidup aku? Tak cukup lagi keperitan yang terpaksa aku
lalui tanpanya selama ni?
“Lisa.. Iman tahu Lisa tak suka Iman
lagi tapi berilah Iman masa untuk jelaskan semua. Iman nak betulkan kesalahan
Iman. Boleh kita jumpa di mane-mane, Lisa?” kata Iman memujukku.
“Hey. Kau nak ape lagi? Kau ade
betina kan? Nak aku jumpa kau? Kau nak jelaskan? Kenapa masa kau tinggalkan aku
dulu, kau taknak jelaskan? Kau sombong dengan aku. Kau buat aku tak pernah
wujudkan? Kau tak angkat call, kau tak balas mesej-mesej aku yang berpuluh ribu
aku hantar tu dan sekarang, kau nak jelaskan?” aku menangis.
“Lisa.. Iman akui Iman salah memilih.
Iman ingatkan Iman akan hidup bahagia dengan perempuan tu tapi Iman salah. Iman
salah, Lisa. Maafkan Iman. Iman cuba untuk ubah hidup Iman jadi lebih baik tapi
tanpa Lisa, Iman tak boleh.” Pujuk Iman.
Aku akui jauh di dasar hatiku, aku
merindui Iman. Gelak tawanya. Segalanya tetapi dialah juga yang melukakan hati
aku. Luka yang paling dalam. Munculnya Mikael menyembuhkan luka itu walaupun
tidak sepenuhnya.
“Kau jangan telefon aku lagi. Aku
taknak dengar suara kau.” Aku memutuskan talian. Aku marah. Sangat marah atas
perbuatannya kepadaku. Tidakkah dia tahu aku terseksa hidup tanpanya sebelum
Mikael datang dalam hidupku?
Luka yang dulu kurasai kini muncul
kembali. Lukanya semakin dalam. Aku tidak patut menjawab panggilan tadi. Kini,
aku yang sakit. Aku yang menderita. Aku perlukan Mikael. Aku mencapai telefon
bimbitku dan mendail nombornya. Panggilan diangkat.
“Sayang…I need you.” Rayu aku
kepadanya.
“Baby..kenapa ni? What’s wrong? Is
everything alright?” tanya Mikael. Nadanya risau.
“Sayang.. Iman call I tadi. Dia
mintak maaf.” Kata aku.
“Iman? Apa dia nak lagi? You jangan
buat hal, sayang.” Kata Mikael. Nadanya sedikit tinggi dari biasa.
“Tak. I marah dia. I sakit hati
sangat, sayang. I tak tahan dengar suara dia yang selamba mintak maaf dengan I.
I terluka sebab dia.”
“So, you janganlah jawab call dia
lagi. You jawab, memang nahas you, I kerjakan.”
Aku terkejut dengan cara Mikael
bercakap. Selama ini, dia tidak pernah meninggikan suaranya kepadaku dan dia
juga tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
“Sayang..kenapa ni?” tanya aku kepada
Mikael.
“You ingat eh. Iman tu kalau I letup
kepala dia, sia-sia je. Dah. You pergi tidur. I malas nak cakap pasal ni dengan
you. You pergi pada Iman, memang you cari nahaslah. Bye.” Mikael memutuskan
panggilan.
Aku masih lagi terdiam dengan telefon
masih di telinga. Ini bukan Mikael yang aku kenal. Jauh sangat bezanya. Cara
Mikael bercakap denganku tadi agak mengguris perasaanku memandangkan dia tahu
aku sedang bersedih dan dia pula memarahiku tanpa sebab. Aku tertidur dengan
airmata yang berlinangan.
Keesokan paginya, aku bangun dan
ternyata ada 1 mesej dari Mikael yang menyatakan dia minta maaf. Aku tersenyum.
Mungkin malam tadi, dia berada dalam keadaan serabut dan aku hanya menambah
kekusutan didalam kepalanya. Aku membalas dengan menyatakan aku juga meminta
maaf atas sebab menjawab panggilan itu.
Petang itu, aku menuju ke warung ibu
dan menceritakan kepada Najiha segala yang terjadi. Najiha marah dengan segala
yang Iman telah lakukan. Aku hanya tunduk, diam. Setelah selesai menceritakan
segalanya dengan Najiha, aku duduk di dapur warungnya sambil membaca
suratkhabar. Tajuk utama suratkhabar itu yang menarik aku untuk membacanya.Aku
membaca sebaris demi sebaris ayat yang dikarang penulis.
‘PEMBUNUHAN KEJAM SANG KEKASIH’
Seorang wanita yang dipercayai
berusia lingkungan 22 tahun mati ditikam lalu dagingnya disiat-siat oleh
kekasihnya. Mayat wanita itu ditemui didalam sebuah beg bagasi yang dibuang ke
dalam hutan. Wanita itu dipercayai telah mati setahun yang lalu. Pihak polis
menyifatkan kematian wanita itu bermotifkan dendam. Suspek kes pembunuhan ini
masih dicari.
Ngeri sungguh setiap baris ayat yang
ku baca tadi. Aku meletakkan suratkhabar itu diatas meja dan kembali menolong
Najiha. Aku selesai menolong Najiha tepat pukul 10.30 malam. Mak Kiah
membungkuskan aku sedikit makanan untuk dibawa pulang buat kedua ibu bapaku.
Aku tertunggu-tunggu panggilan dari
Mikael. Sejak dari semalam dia memarahi aku, aku hanya mendapat 1 mesej darinya
pagi tadi. Itu saja. Aku membuat keputusan untuk menelefonnya kerana hatiku
juga agak risau dengan keadaannya disana.
Berkali-kali aku menelefon tetapi
tidak berangkat. Dia tidak mungkin sibuk memandangkan dia tidak bekerja
sepanjang cuti semester ini. Hatiku mulai resah hingga akhirnya aku tertidur
dengan telefon bimbitku masih di tangan.
Aku bangun keesokan harinya dengan
kepala yang agak berat. Aku melihat telefon bimbitku masih tiada tanda-tanda
dari Mikael. Yang ada hanyalah pujuk rayu Iman untuk kembali bersamanya tetapi
aku endahkan. Mana Mikael? Itu sahaja yang bermain di mindaku sekarang. Aku
ingin tahu keadaannya. Adakah apa-apa telah berlaku kepadanya?
Aku pergi menemui Najiha di warung
ibunya. Dia menenangkan aku dan berkata mungkin Mikael sibuk menguruskan
hal-hal di Kuala Lumpur memandangkan dia pernah juga berkata dia ada menolong
ayahnya di syarikat keluarga Mikael. Hatiku sedikit tenang.
Sebulan
berlalu dan masih tiada panggilan atau mesej dari Mikael. Aku buntu. Buntu
dengan perbuatannya ini. Mungkinkah sebenarnya dia ingin meninggalkan aku
seperti Iman tetapi tidak berani memberitahu aku? Jika ianya betul, Mikael
lebih pengecut dari Iman. Benarlah lelaki semuanya sama. Aku saja yang buta.
Panggilan
dan mesej dari Iman tidak putus-putus. Akhirnya, tanpa memikirkan Mikael, aku
mengambil keputusan untuk menerima Iman semula. Bukan kerana sayang tetapi
kerana aku ingin meninggalkannya sepertimana dia meninggalkan aku.
Selang beberapa hari setelah aku
bersama Iman, Mikael menelefon aku.
“Sayang..sory. I outstation. Fon I
hilang masa dekat airport. Nasib baik dapat cover nombor ni balik. Sory
sayang.” Aku terkedu. Ah, sudah. Sekarang aku yang terjerat di antara Iman dan
Mikael. Aku sangkakan Mikael sudah pergi tinggalkan aku. Aku telah tersilap
langkah.
“Takpe. Kenapa tak beritahu sebelum
ke airport, Mikael?” tanya aku dengan suara yang agak tidak yakin.
“I dah try call you tapi tak dapat,
sayang. You off fon.”
Aku baru teringat yang ada satu malam
dimana aku lupa untuk cas bateri telefonku lantas ianya mati. Aku sudah silap
langkah. Apa yang patut aku buat? Tinggalkan Iman walhal aku belum menyakitinya
lagi? Tetapi jika aku terus bersama Iman dan akhirnya diketahui Mikael, matilah
aku.
Aku memutuskan talian setelah Mikael
menjelaskan segalanya. Esok adalah hari untuk aku pulang ke Kuala Lumpur
memandangkan cuti semesterku telah tamat. Hidup aku akan menjadi semakin sukar
selepas ini memandangkan aku terpaksa menutup hubunganku dengan Mikael di
hadapan Iman dan menutup hubunganku dengan Iman di hadapan Mikael. Apa yang
pasti, aku tidak akan melepaskan Iman selagi dia tidak merasai apa yang aku
rasa selama ini.
……………………………………………………………….
Sesampainya di Kuala Lumpur, orang
yang menantikanku ialah Mikael. Badannya yang tegap saja sudah mampu membuat
aku mengenalinya. Aku turun dari bas yang ku naiki bersama Najiha dan disambut
dengan pelukan dari Mikael. Mikael sangat gembira dengan kepulanganku. Ianya
sukar untuk pulang dalam keadaan aku sedang menduakannya sedangkan aku pernah
berjanji untuk tidak melakukan itu kepadanya.
“Sayang..are you okay?” tanya Mikael
kepadaku setelah dia perasan yang aku asyik merenung ke luar tingkap keretanya.
“I’m okay, honey.” Jawab aku dengan
senyuman. Najiha di belakang hanya membuat mimik muka geli.
“So, how’s your holiday sayang?”
tanya Mikael lagi.
“Quite bored. Nasiblah ada Najiha
dengan I kat sana.” Balas aku.
“Okay. So, malam ni I bawak you
keluar?”pelawa Mikael. Aku tersentak kerana malam ini juga aku perlu menemui
Iman. Aku sudah merancang segalanya dengan rapi. Kepulanganku disambut oleh
Mikael dan malam ini ku luangkan dengan Iman.
“I tak boleh malam ni sayang. I
penat. Trip jauhkan.” Aku memegang tangannya.
“Okay. I faham. Sorry.” Aku semakin
serba salah kerana memperlakukan Mikael seperti itu hanya kerana ingin membalas
dendam kepada Iman.
Aku bersiap untuk keluar bersama Iman
sesampainya aku dirumah. Mikael berlalu pergi memandangkan aku tiada masa untuk
bersamanya malam ini. Najiha pula mungkin sudah tidur memandangkan Mikael
menghantarnya dulu tadi.
Aku keluar dari rumah dengan memakai
gaun kegemaran Iman. Aku mahu dia sedar apa yang dia telah hilang selama ini.
Aku berjalan yakin. Iman sudah menunggu di bawah rumahku. dia memakai kemeja
dan seluar slack hitam. Dia mencium dahiku seperti selalu tetapi kali ini,
tiada lagi terasa bahangnya. Mungkin kerana cinta itu telah pergi.
Seperti biasa, Iman mempunyai kejutan
buatku. Dia tidak membawaku makan di mana-mana restoran tetapi membawa aku di
sebuah kawasan yang luas yang hanya ada kami berdua. Aku agak terkejut
memandangkan aku tidak serius dengannya. Dia sudah awal-awal menyiapkan segala
barang untuk makan malam ini. Dia menyediakan satu tempat yang indah untuk aku.
Dia juga memasak makanan kegemaranku. Aku senyum menandakan suka walhal dalam
hatiku, tidak sedikitpun menarik aku kembali padanya.
Sedang aku menikmati makanan yang
dimasak olehnya, Iman merapatkan kerusinya kepada aku.
“Lisa..Iman percaya pada cinta kita.”
Iman meletakkan tangannya di pipiku. Dia merapatkan bibirku untuk dicium
olehnya. Aku tidak menolak tetapi belum pun sempat aku sampai ke bibirnya,
kedengaran bunyi sebuah kereta menuju ke kawasan ini. Ianya kereta Mikael.
Mikael keluar dengan kayu besbol di
tangan kanannya. Puntung rokok berada di hujung bibirnya. Jauh sekali bezanya
dengan Mikael yang ku kenali.
“Oh. Jadi ni kau buat ye betina
sundal?” aku terdiam, kaku. Iman bangun dari kerusinya dan mempertahankan aku.
“Kau siapa? Sedap mulut kau la sial
nak panggil dia macam tu.” Pekik Iman.
“Kau tahu aku siapa? Aku kekasih dia.
Kau tu bekas kekasih dia. Kau tahu beza tak sial?” tanya Mikael dengan nada
marah.
“Apa kau cakap ni? Lisa takde
sape-sape selain aku.” Pekik Iman. Aku bangun.
“Iman.. Ni Mikael, kekasih Lisa. Lisa
bersama Iman hanya untuk balas dendam. Lisa terluka, Iman. Terluka dengan
perbuatan Iman mencurangi Lisa. Lepas tu, dengan mudah Iman nak balik pada Lisa
tanpa ambik kira perasaan Lisa langsung. Lisa tunggu Iman. Lisa tunggu hampir
setahun, Iman. Sakitnya bila fikirkan Iman dengan perempuan lain. Sanggup
Iman.” Kata aku dengan tangisan.
Belumpun habis ayatku, aku terdengar
bunyi tembakan. Iman rebah dengan darah di dadanya. Tembakan itu datangnya dari
Mikael.
“Woi betina. Kau tak payah nak
bercerita banyak-banyak lagi. Mari sini aku ajar kau jadi wanita solehah.” Kata
Mikael.
Mikael mempercepatkan langkahnya ke
arahku. Aku hanya mampu berlari sekuat hati tetapi ternyata tiada tempat untuk
bersembunyi. Akhirnya, Mikael berjaya mendapatkan aku. Aku memekik meminta
tolong dengan harapan ada yang mendengar tetapi ianya sia-sia. Mikael menyeret
tubuhku yang lemah dengan memegang rambutku. Dia menumbuk mukaku dengan kuat.
Aku memang tidak mampu melawan kekuatan seorang lelaki yang gagah sepertinya.
Aku longlai.
Mikael mengambil kayu besbol yang
dipegangnya tadi dan memukul sekuat hatinya ke arah kedua-dua kakiku. Aku tidak
dapat merasa sebarang pergerakan pada kakiku lagi. Aku tahu ianya mungkin telah
patah. Mukaku berlumuran darah. Mataku juga kabur.
“Kau nak tahu, Lisa? Dulu aku bunuh
bekas kekasih aku lepas aku tahu dia curang dengan aku. Kau pun nak macam tu
eh? Aku siat-siat kulit dia. Kau nak rasa? Dia jerit tapi aku gembira sangat
bila dapat dengar dia terseksa macam tu. Lepas aku bunuh dia, aku buang dia
dalam hutan. Dah bertahun, barulah polis jumpa. Kesian dia kan Lisa?” kata
Mikael sambil menghembuskan rokoknya.
“Kau memang sial, Mikael. Jantan tak
guna!” aku memekik dengan airmata dan darah berlinangan.
“Apa kau kata?” satu sepakan padu
terus ke mulutku. Sakitnya tidak dapat ku gambarkan.
Mikael menuju ke keretanya. Aku tidak
dapat bergerak. Aku tidak kuat. Dia seperti mengambil sesuatu. Kini, dia menuju
ke arahku semula. Pisau rambo ada di tangannya. Aku menjerit. Dia memegang
pisau itu dan membuat satu huruf di lenganku. Dia memasukkan dalam-dalam pisau
itu ke lenganku. Aku menjerit meminta dia melepaskan aku tetapi diendahkannya.
Dia ketawa seperti suka melihat aku menderita seperti itu.
Dia meletakkan huruf ‘M’ di lenganku.
Sakitnya tidak terperi. Dia kemudiannya menjilat darah yang keluar dari
lenganku tadi. Aku menahan kesakitan yang amat sangat. Badanku semakin lemah
memandangkan aku kehilangan banyak darah. Aku hanya berharap aku diselamatkan
oleh sesiapa.
Mikael mendekati aku serapat-rapatnya
dan membisikkan sesuatu. Dia membisikkan yang dia mencintai aku. Dia buat
begini kerana dia ingin mengajar aku tentang setia dan kecurangan. Aku meludah
mukanya. Dia berang.
Mikael memijak kepalaku sekuat
hatinya. Aku dapat merasakan badanku tidak lagi mampu menahan kesakitan.
Mungkin jika aku tidak diselamatkan, aku akan mati. Mikael juga tidak ada
tanda-tanda untuk melepaskan aku hidup-hidup.
Mikael menyeret aku sekali lagi untuk
berada berdekatan dengan keretanya tetapi belumpun sempat dia menyeretku ke
sana, satu sepakan padu terkena perutnya. Ianya dari Iman. Iman masih hidup.
Segalanya semakin kabur kepadaku. Kepalaku sudah semakin berat. Pertelingkahan
itu saling berbalas-balas. Akhirnya, Iman mengambil kayu besbol yang dibawa
Mikael tadi dan menghentam kepala Mikael dengan kuat. Mikael rebah. Iman pantas
mencari pistol yang diguna Mikael dan 5 das tembakan ditujukan ke kepala
Mikael. Aku dapat melihat kepala Mikael hancur dihadapanku. Iman pantas berlari
kearahku walaupun dia cedera. Lukanya juga agak teruk.
Iman mengangkatku masuk ke dalam
keretanya. Dia menghidupkan enjin dan memecut laju. Sakitnya tidak dihirau.
Sebelah tangannya menelefon polis.
“Lisa..bertahan sayang. Bertahan. Iman
ada dengan Lisa. Iman ada ni. Kuat, sayang.” Aku mendengar setiap kata yang
dikeluarkan oleh Iman tetapi aku sendiri sudah semakin sukar untuk menghelakan
nafas.
Aku sampai ke hospital. Aku
dibaringkan di atas katil dan ditolak menuju ke bilik kecemasan. Iman disisiku.
“Sayang..Iman minta maaf tinggalkan
Lisa. Lisa jangan tinggalkan Iman, sayang. Jangan. Iman nak hidup dengan Lisa.
Nak bahagia dengan Lisa. Tolong Lisa. Bernafas untuk Iman.”
Aku semakin kurang dengar apa yang
dikatakan Iman. Dadaku semakin sesak. Mataku juga sudah tidak berupaya untuk
melihat apa-apa lagi. Seluruh tubuhku tidak dapat kurasai seperti selalu. Air
liurku juga tidak dapat lagi ku telan. Mungkin sudah tiba masanya. Iman
disisiku, aku bahagia walaupun hanya untuk seketika. Sebelum aku menghelakan
nafasku yang terakhir, aku terdengar Iman berbisik di telingaku.
“Cinta..jangan pergi.”
Nafasku terhenti.