Kaki aku menggeletar. Badan aku tidak
lagi kuat. Aku rebah.
…………………………………………………………………………………………………………………
Sesedarnya
aku dari lena, aku sudah berada di sebuah bilik. Disebelahku duduknya Najiha
dan Mikael. Mikael sedang membancuh air didalam cawan dan Najiha duduk membaca
majalah. Aku cuba untuk bangun.
“Eh, Lisa. Jangan. Kau tak kuat
lagi.” Jerit Najiha.
“Apa dah jadi?” tanya aku pada
Najiha. Mikael hanya berdiam diri sambil menghulurkan air yang dibancuhnya
tadi.
“Kau pengsan dekat tasik 3 hari
lepas. Nasib baik aku tahu kau dekat mana. Kalau tak, matilah kau kena gigit
dek anjing liar kat situ bongok.” Kata Najiha dengan tangannya memicit-micit
kakiku.
“3 hari lepas? Aku pergi petang tadi
kan?” tanya aku kehairanan.
“Banyaklah kau punya petang tadi. Dah
3 hari kau tidur tak sedar-sedar tahu? Buat risau aku jelah kau ni.”
“Sori Jiha. Aku tak sedar. Aku tak
tahu apa jadi.”
“Dahlah takpe. Yang penting, kau
bernafas lagi.”
Mikael tersenyum kepadaku dan aku
membalas senyumannya. Aku juga kehairanan mengapa jejaka ini berada disini. Nak
buat apa dia disini? Bukan ada apa dengan aku pun.
“I’m sorry if you’re not comfortable
with me here. Najiha called me and told me you’ve been admitted so, I’m rushing
to be here.” Mikael bersuara.
“Takpe. Terima kasih Mikael.”
“You’re welcome.” Dia duduk di
sebelah kerusi Najiha.
Aku cuba mengingati kembali apa yang
terjadi kepadaku beberapa hari lepas. Setelah penat ku berusaha, baru aku ingat
yang Iman sudah mempunyai kekasih hati yang baru. Menggantikan tempat aku yang
dahulunya dia katakan tidak mungkin diduduki gadis lain. Sakitnya hati ini
hanya Tuhan yang tahu.
“Are you okey Lisa? You want to eat
anything?” tanya Mikael.
“I’m just fine. Thanks Mikael.” Aku
memberikan senyuman.
Najiha kelihatan letih seperti sudah
lama tidak melelapkan mata. Aku tahu dia risau akan keadaanku yang sudah tidak
sedarkan diri selama 3 hari.
“Jiha..kau rehatlah. Biar Mikael jaga
aku kat sini. Bolehkan Mikael?” tanya aku.
“Yes. You should get your rest Jiha.
I’ll take good care of her. I promise you.” Kata Mikael sambil memandang
Najiha.
“Yelah. Aku pergi tidur dalam kereta
kau kejap Lisa. Nanti aku dah bangun, aku teman kau. Jangan mengada pergi
mana-mana. Aku potong kaki kau nanti. Faham?” Najiha bersuara dengan mata yang
kuyu. Mengantuk benar keadaannya.
“Yes. I promise you.” Kata aku
meyakinkan Najiha.
Najiha berlalu meninggalkan aku
bersama Mikael. Aku berasa agak kekok berada bersama lelaki yang kurang aku
kenali. Mikael sibuk mengemas cawan-cawan dan segala barang yang berada di meja
sisi katilku. Aku tidak mampu melihat dia kerana aku masih begitu malu.
“Lisa..don’t be afraid. I’m not a
killer.” Dia tersenyum.
“Tak. Saya tak takut dengan awak cuma
tak selesa sebab saya bukan kenal awak sangat.” Kata aku dengan yakin.
“Oh. It’s okey. I can leave if you
want me to leave.”
“Eh, janganlah. Nanti Jiha marah you.
Dia tu kepala angin kalau orang dah janji pastu tak tepati ni.”
“Okay then if you said so. That means
I have to stay here until Jiha awake.”
“Yes, you should.” Aku senyum
kepadanya.
Mikael menghulurkan sekeping biskut
untuk aku makan. Ianya tidaklah menyelerakan namun aku paksa untuk telan
memandang Mikael seperti mendesak. Aku tersedar sesuatu ketika Mikael sedang
sibuk mengemas meja sisiku tadi. Di lengan kanannya terdapat parut yang agak
teruk keadaannya namun mulutku berat untuk bertanya maka, aku hanya mendiamkan
diri.
“So, what happen at the lake 3 days
ago Lisa? You want to talk about it? You can talk to me. You know that.” Kata
Mikael yakin.
“Oh. Tade apelah yang jadi. I pening
sikit masa tu. I’ve lost control of my body. Tu je.”
“But the doctor tells different
story.” Jawab Mikael.
Ye tak ye juga. Aku berada dalam wad
sekarang dan perkara pertama yang patut aku tanya kepada Najiha ialah apa yang
dikatakan oleh doktor tapi tiada langsung soalan itu bermain dimindaku
sehinggalah Mikael sebutkan tadi.
“Doktor cakap ape?” aku bertanya
penuh tumpuan.
“The doctor said you were too stress.
Your brain can’t take it anymore.”
“Oh. Mesti sebab assignment kita
banyak sangat.”
“You don’t have to lie to me. You
know that.” Kata Mikael dengan nada suaranya yang lembut.
bersambung