expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cinta Jangan Pergi Part 6


“Mamat gay kau telefon. Nah angkat.” Jawab aku.
                Najiha merampas telefon bimbit dari tanganku. Dia memasang ‘loudspeaker’.
                “Heloooo.” Najiha bersuara girang.
                “Helo. Hai Lisa. Good morning. I just wanna say sorry for last night. Deeply sorry.” Mikael berkata.
                “Oh. Pasal malam tadi tu, takpe. I dah maafkan you pun. I cuma tak suke you masuk campur dalam urusan peribadi i. itu je. I pun nak minta maaf dengan you sebab berkasar malam tadi.” Kata Najiha yang memiripkan suaranya dengan suaraku.
Aku tergelak kecil memandangkan Najiha langsung tidak mampu meniru suaraku tapi Mikael percaya itu aku. Mungkin kerana dia baru lagi mendengar suaraku di telefon.
“So, you’re not mad at me anymore?”
“Nope.”
“Wow. Glad to hear that. So, are you busy today?”
Najiha sudah mula menunjukkan riak wajah ‘tidak tahu nak jawab apa’ kepadaku. Aku sekadar mengangkat bahu dengan suara yang kecil berkata;
“Pandai-pandailah kau. Kau yang nak jawab sangat tadi.” Aku berjalan meninggalkan Najiha namun belumpun cukup dua langkah, aku terdengar Najiha berkata;
“I free malam ni. Petang, I ade kelas. Kalau you nak jumpa I, kita jumpa malam ni dekat warung nasi kandar dekat Cheras. Okey?” jawab Najiha selamba.
Aku berlari ke arah Najiha dan merampas telefonku.
“Okey. Bye.” Kata aku sambil memutuskan talian.
“Hoi. Ape kau buat ni ha? Kau memang nak kena la Jiha. Kenapa kau suruh dia jumpa aku?” cebik aku yang sedang marah.
“Alaa. Jumpa jelah. Dah. Aku nak pergi mandi. Badan aku nak dimanjakan sekarang. Bau pun dah macam kambing ni. Byeeee.”
Najiha berjalan selamba meninggalkan aku. Aku sudah mula menghentak-hentakkan kaki. Satu mesej masuk di telefon bimbitku.
‘wat happen? Nvm. I’l meet you at warung nasi kandar at 9 okey? I’ll be waiting you. :)’
Ah, sudah. Masalah dah timbul. Bisik hatiku. Kemarahanku terhadap Najiha masih belum reda tetapi wajah Najiha langsung tidak menunjukkan yang dia kisah. Semakin aku melihat wajahnya, semakin sakit hatiku rasa. Aku menyuruhnya cepat bersiap lantas dia menggelar aku mak tiri. Mahu saja aku mencili mulutnya yang pedas itu.
Sesudah aku dan Najiha bersiap, kami terus menuju ke kolej untuk menghadiri kelas selama 2 jam. Aku dan Najiha seperti biasa duduk di baris kedua dan mempunyai satu kerusi kosong. Sedang aku sibuk untuk meletakkan beg disitu, tiba-tiba datang Mikael dengan selamba duduk disitu.
“Free isn’t it?” dia bertanya. Aku mengangguk lemah dengan senyuman yang langsung tidak ikhlas.
Aku rasa itulah kelas yang paling aku tidak selesa. Semuanya gara-gara Mikael yang asyik memandang aku. Aku sangat malu memandangkan dia budak baru dan orang disekelilingku, ramai yang mempunyai ‘crush’ terhadapnya. Ramai yang menyangka aku menggedik dengan Mikael. Najiha banyak kali menggelakkan aku kerana dia sendiri dapat melihat perilaku yang pelik dalam diriku. Aku tidak menumpukan perhatian didalam kelas itu.
Aku menutup buku dengan kuat selepas kelas tamat. Aku malu. Itu saja. Aku bergegas keluar dari kelas tanpa mempedulikan pensyarah di hadapan. Najiha tersentak lantas cuba menarik tanganku tetapi gagal. Aku berjalan laju tanpa arah tuju. Entah kemana aku nak membawa diriku, aku pun tak tahu. Aku hanya mahu pergi jauh dari manusia.
Aku memasuki keretaku lantas menghidupkan enjin. Aku memandunya dengan agak laju. Aku perlu pergi ke tasik yang Iman pernah bawaku dulu. Aku merinduinya. Apa yang dilakukan oleh Mikael di dalam kelas tadi merupakan apa yang Iman pernah buat kepadaku dulu sebelum aku menjadi kekasihnya. Dengan cara itu, dia mencuri hatiku sedikit demi sedikit. Aku tidak mahu Mikael mengambil tempat Iman. Tidak sekali-kali. Airmataku tidak berhenti membasahi pipi. Ah, kenapa aku begitu lemah tanpa Iman. Apa yang patut aku buat?
Sesampainya aku di tasik, aku menekan butang telefon untuk menelefon Iman. Aku tidak tahan menanggung rindu padanya. Aku perlukan dia. Panggilan pertama tidak dijawab. Aku tidak berputus asa. Aku mahu menemui Iman. Akhirnya panggilan diangkat. Kedengaran suara seorang perempuan.
                “Helo. Siape ni?” tanya perempuan itu.
“Helo. Boleh saya cakap dengan Iman?” aku bertanya dengan suara yang menahan sedih.
“Iman? Ni siapa? Kenapa nak cakap dengan dia?” tanya perempuan itu lagi.
“Saya kawan Iman. Saya dapat cakap dengan Iman sekejap pun, jadilah.”
“Maaflah ye. Ni makwe Iman. Iman pakai nombor saya. Saya pakai nombor dia.”
Apa?! Makwe Iman?! Siapa?! Ini tak mungkin. Tak mungkin terjadi.
“Boleh saya tahu nama awak bercakap ni tak?” tanya aku dengan sopan sambil menahan sakit dihati.
“Eh, kau sibuk nak tahu nama aku dah kenapa? Kau telefon Iman ni nak ape? Kau siape?” tanya perempuan itu, berang.
“Bukan siapa-siapa lagi nampaknya. Takpelah. Assalamualaikum.” Aku memutuskan talian.

bersambung