“Lisa..terima kasih sayang.” Iman mengucup dahiku. Aku
tersenyum. Iman mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
“Nah
sayang.” Iman mengeluarkan bekas berwarna merah.
“Apa ni
Iman?” aku bertanya.
“Buka
baru tahu apa dia sayang. Cepat buka.”
Aku
membukanya. Seutas rantai berloketkan hati berada didalamnya. Pada loket hati
itu, tertulis, ‘Iman cinta Lisa, 5th July 2010, 6.34pm’.
Aku
terharu. Terus aku memeluk jejaka yang berada dihadapanku ini. Aku menangis.
“Iman!
Terima kasih sayang. Ni hadiah terbaik Iman bagi pada Lisa. Hati Iman.”
Tanganku berada didadanya yang mana terletak hatinya.
“Tak ape
sayang. Malam ni, I treat you like a queen. I guarantee you’ll be so happy.”
Iman tersenyum begitu juga aku.
Setelah
lebih 50 minit berada didalam limosin ini, akhirnya limosin ini berhenti. Aku
tidak tahu di mana aku berada. Iman segera keluar untuk membukakan pintu
buatku. Dia menghulurkan tangannya lantas aku sambut. Kelihatan terdapat tasik
yang sangat cantik dihiasi dengan cahaya bulan penuh. Cahaya bulan itu memantul
di sebalik air.
“Sayang..do
you trust me?” Iman bersuara.
“Yes
Iman. I trust you.” Iman membelai pipiku dan dia mengeluarkan sapu tangan dari
poketnya.
“I have
to blindfold you sayang. Boleh? I have a big surprise.”
“Alaaa.
Tak aci la Iman macam ni.” Muka aku masam.
“Aci la
sayang. Sekejap je. You trust me right?”
“Yelah.
Yelah.”
Iman
segera menutup mataku dengan sapu tangannya. Sungguh nyaman bauan yang ada di
sapu tangan Iman. Bau kelakian dia. Dia memegang erat tanganku dan dipimpin
tanganku perlahan-lahan. Sehingga sampai ditempat yang dituju, dia
memberhentikan aku.
“Okey
sayang. Dah sampai.” Iman berbisik di telingaku.
“Boleh I
buka blindfold ni sekarang?” aku bertanya.
“Boleh.” Suara Iman kedengaran jauh.
“Boleh.” Suara Iman kedengaran jauh.
Aku
lantas menarik sapu tangan itu dari mataku. Alangkah terkejutnya aku apabila
aku membukanya, dihadapanku terdapat sebuah taman mini yang dipenuhi cahaya
lampu berwarna-warni. Disitu terdapat juga meja yang tersedia untuk dua orang.
Terdapat seorang lelaki yang berdiri sebagai pelayan.
Iman pula sedang berdiri seperti menunggu
wanita idamannya untuk menyertainya. Di setiap pokok-pokok yang berada
disekeliling meja makan itu dihiasi dengan gambar-gambar aku dan Iman. Iman
tersenyum. Perlahan-lahan dia datang kepadaku dan memelukku dari belakang dan
membisikkan sesuatu.
“Happy
Birthday my Princess, Melissa binti Khairul Adam. I love you. Deeply in love
with you.”
Aku
memusingkan badan dan memeluk erat Iman. Aku menangis. Terharu dengan segala
pemberiannya.
“Sayang..jangan
buat macam ni. Iman buat macam-macam untuk Lisa.”
“Takpe
sayang. Jom.” Iman menarik kerusi untuk aku duduk. Dia membisikkan sesuatu
kepada pelayan lelaki tadi. Tidak dapat ku dengar walau sedikitpun.
“Okey
sayang. Malam ni ade spageti, chicken chop and mango pudding. Is it okey for
you babe?” tanya Iman.
“It’s
more than okey, Iman. Really.” Jawab aku.
Iman
memberi tanda seperti okey kepada pelayan lelaki tadi. Aku sekadar mampu
tersenyum. Aku melihat mata Iman yang telah lama aku gemari. Matanya yang
menarik minat aku selama ni. Hatinya pula sungguh baik berbanding semua lelaki
yang pernah aku miliki dulu.
“Sayang..
I have one more surprise for you.” Kata Iman.
“Apa dia
sayang?”
“Sayang
cuba tengok dekat sebelah kiri sayang ada ape.”
Aku
lantas memusingkan kepalaku ke sebelah kiri. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh
tidak perasan dengan bear sebesar budak sekolah rendah disisiku. Mungkin kerana
aku terlalu teruja dengan apa yang disediakan Iman malam ini. Aku tersenyum.
“Iman..
you are so sweet. Terima kasih sayang.” Aku menyentuh tangannya.
Gembira rasanya hati berada disamping
Iman yang amat aku sayangi. Iman tahu aku sangat bertuah memilikinya. Begitu
juga dia terhadap diriku. Aku tidak pernah mengomel untuk mendapat seorang yang
betul-betul sempurna. Cukuplah sekadar yang boleh terima aku seadanya tetapi
Iman melebihi segala yang aku minta selama ni. Kesempurnaannya tidak dapat aku
gambarkan. Iman sentiasa berada disisiku setiap kali aku memerlukannya.
Siapalah yang sanggup berada disisi orang yang tidak punya rupa yang menawan
seperti aku. Aku hanya terlalu bertuah. Amat bertuah memilikinya.
Selesai
menjamah makanan yang disediakan Iman, aku diajak olehnya untuk berjalan di
sekitar tasik. Sungguh indah.
“Sayang..one day I’m going to marry
you. That’s my promise. I need you till the end of my breath. I know this is
meant to be. Some say love cannot last forever but with you, I believe. There
is always a way for us to make this things go right. I don’t want to promise
you something that I can’t fulfill. This is my wish. I just need to be with
you. I need to hold you in my arms. I want to make you feel safe everytime I
was around. You need to be strong to make this relationship work. I know it’s
hard for you to believe in me but please stay. Stay here in my heart. Not just
for today but for the rest of my life. Thank you my lovely Melissa. You have
change my life.”
“Iman..you’re
so sweet sayang. Lisa takde ape nak bagi Iman. Hanya cinta dan hati yang ikhlas
untuk Iman. Lisa minta maaf kalau-kalau selama ni, Lisa tak jaga Iman dengan
baik. Lisa minta maaf dengan ketidaksempurnaan Lisa.” Aku memandang Iman.
“Sayang..nobody’s
perfect dalam dunia ni. Iman percaya dalam setiap kekurangan ada kelebihan.
Lisa jadi diri Lisa. Itu Iman nak. Iman tak perlu gadis cantik untuk bersama
Iman asalkan hatinya baik. Lisa..cinta tu banyak dugaannya. Sebab tu bila
bercinta memerlukan dua hati. Dengan dua hati, cinta akan kuat melawan dugaan.
Faham sayang?” Iman membelaiku.
“I’m
deeply madly in love with you, Iman.” Iman menyisir rambutku dan mengucup
dahiku.
Kami
menghabiskan masa yang lama membicarakan tentang cinta sepanjang malam itu.
Iman banyak kali membuat aku tertawa. Dia tahu saja apa untuk dikata kepadaku
yang membuatkan aku cair kepadanya. Iman jarang bermasam muka. Senyumannya
selalu terukir. Walau bagaimanapun masalah yang dihadapi, dia tidak pernah
menunjukkan reaksi bermasalah kepadaku sehinggalah aku bertanya kepadanya. Aku
tak pernah menyangka wujudnya lelaki sesempurna Iman didalam dunia.
“Okey
sayang. Last thing for tonight.” Kata Iman.
“Iman..apa
lagi ni sayang?” aku membuat muka tidak bersetuju dengan apa yang bakal dia
tunjukkan.
“Tengok
langit tau sayang. In 3, 2, 1!”
Tiba-tiba
berbagai jenis bunga api muncul di langit dari berbagai arah. Berwarna-warni
langit gelap pada malam itu. Aku melihatnya dengan airmata. Airmata gembira.
Itu yang pasti. Iman berada disebelahku memeluk erat tubuhku yang dingin. Iman
mengorbankan segalanya untukku. Aku bahagia. Sangat bahagia.
Bila
dikenang semula, itulah hari yang paling membahagiakan aku. Namun, segalanya
hilang dalam sekelip mata tapi Iman tidak perlu gusar kerana jika dia ingin aku
menunggunya seperti ini selamanya pun aku sanggup. Demi Iman yang aku cintai.
Sedang
aku asyik merindui Iman, satu panggilan telefon aku terima. Ianya Mikael.
“Ish!
Menyampahnya aku dengan dia ni.” Nyaring suaraku kedengaran di segenap rumah.
“Kau
apehal minah? Tibe-tibe memekik ni?” tanya Najiha yang perasan aku agak
tertekan dengan deringan telefonku sendiri.
bersambung