“Hey, I didn’t mean to. Someone talk about you and your bf while
I’m on my way to the library. Sorry. Chill. I’m not spying on you or what. It’s
what I heard. I’m sorry for interrupting you. Really sorry.” Nadanya penuh
kekesalan tapi aku tidak sedikitpun mahu merasa kasihan.
“Yeah.
You patut jangan menyibuk sangat hidup orang. Dah macam Mak Timah sibuk jaga
tepi kain orang.”
“Who’s
Mak Timah?” suaranya serius. Ah sudah. Tak faham pula mamat ni.
“Tak
kisahlah dia siapa pun. Dah. Jangan menyibuk hal I.” aku memutuskan panggilan.
Najiha
menegurku setelah aku menunjukkan muka ketat kepadanya.
“Kau ni
dah kenapa? Buat muka gitu ingat kau comel?”
“Kau
diamlah, Jiha.” Aku mencebik.
“Ah, kau
suruh, nak pulak aku ikut ek. Ceritalah kat aku. Kau kenapa? Sape call kau
tadi?” tanya Najiha.
“Mamat
gay kau tu la.”
“Mamat gay?
Eh, aku pernah bercinta dengan gay ke sebelum ni? Mane ade. Pepandai je kau.
Alaa. Siapa?”
“Mamat
baru masuk kau tu la.” Muka Najiha kelihatan terkejut.
“Hah?!
Dia contact kau? Wow. Bertuahnya kau. Macam mane dia boleh ade nombor kau ni?
Bestnye.” Balas Najiha.
“Kau
nak, ambiklah. Aku taknak.” Satu jelingan tajam aku berikan kepada Najiha.
“Amboi.
Siap jeling tu. Aku cungkil mata kau baru tahu. Dia nak ape? Macam mane dia
boleh kenal kau pulak? Aku lagi lawa dari kau ape.”
“Tadi
dia cari bilik koordinator tapi tak jumpa. Aku pergilah tolong. Last-last,
macam-macam pulak dia sekarang. Aku katok kepala dia baru dia tahu.” Najiha
tergelak melihat sikapku.
“Kau ni
macam budak-budaklah. Dah. Tak payah nak benci sangat. Jatuh cinta pulak
nanti.”
Aku mengerling
tajam ke arah Najiha. Dia pula sekadar menggelakkan aku. Aku mengajak Najiha
untuk tiidur semalaman di rumahku memandangkan hari sudah lewat malam. Dia
bersetuju. Bersepahlah kami di ruang tamu rumahku.
…………………………………………………………………………………………………………………
Aku
mencapai telefon bimbitku dan menaip sesuatu.
“Iman sayang..I miss you. I love you so much. You sihat ke sayang?”
Mesej
itu aku hantar ke nombor Iman. Aku mahu dia tahu aku masih menyayangi,
mencintai, merindui dan menunggunya. Itu saja. Mungkin dia akan tersenyum
apabila membacanya nanti. Setelah
menunggu lebih 30 minit untuk Iman membalas, aku membuat keputusan untuk
membersihkan diri dan mengejutkan Najiha walaupun jam baru menunjukkan pukul
8.30 pagi walhal kelas hanya akan berlangsung pada pukul 2 petang.
Aku
bangun setiap hari dengan harapan, aku tidak terlalu merindui Iman tapi ianya
mustahil. Terlalu mustahil. Setiap pagi ketika aku bangun dari lena, pasti ada
sekurang-kurangnya 1 mesej dari Iman yang menyatakan betapa bahagianya dia disampingku.
Aku hanya berharap aku boleh lupakan semua itu.
Masih
lagi segar di fikiran ketika dia menyambut harijadiku. Dia tidak mengangkat
telefon malah tidak mesej walau sekali pun untuk mengucapkan selamat harijadi
kepadaku. Aku sungguh kecewa. Akhirnya tiba satu kereta yang berhenti di
depanku ketika aku ingin pulang ke rumah. Sebuah limosin hitam dan dari limosin
itu, keluarlah seorang jejaka bersut putih lengkap dengan tali leher berwarna
merah.
“Hey cik
adik manis. Sudikah awak bersama saya untuk satu malam ni?” suara itu amatku
kenal. Ianya Iman.
“Hey cik
abang, saya tak sudi. Saya sedang merajuk. Kekasih pujaan hati saya melupakan
saya.” Balas aku dengan muka masam mencuka.
“Hey cik
adik manis. Mungkin awak tak sedar yang jejaka di hadapan awak ni sedang
membuat sesuatu untuk awak. Mungkin awak perlu mula ikut saya sekarang sebelum
kita terlepas apa-apa yang menarik. Lagi pun, senyuman di pipi itu ingin sekali
saya lihat sepanjang malam ni. Please baby?” Iman membuat muka comelnya.
“Boleh
dengan satu syarat.”
“Sebutkan
saja tuan puteri.” Balas Iman.
“Pergi
belikan I air. I haus.” Iman tersenyum.
“Dalam
limo tu ade air sayang. Jom cepat.” Iman menarik tanganku perlahan.
Aku
masuk dengan tangan Iman masih erat memegang tanganku.
“Sayang..Iman
ada something untuk sayang ni.” Iman memula bicara.
“Ape dia
Iman? Jangan susah-susah. Iman sewa limosin ni je dah berapa ratus. Janganlah
sampai macam ni sayang. Lisa nak Iman wish Lisa je. Tu dah cukup.”
“Sayang..tak
pernah Iman rase macam ni dengan orang lain. Lisa orang pertama yang buat Iman
bersungguh-sungguh mencinta, bersungguh-sungguh setia. Terima kasih Melissa
binti Khairul Adam. Terima kasih sebab datang dalam hidup Iman dan mencintai
Iman. Mengajar Iman erti cinta. Terima kasih sayang.”
“Iman..Lisa
tak buat apa-apa pun. Semuanya datang dari diri Iman sendiri. Lisa bersyukur
sangat dapat kenal, dapat cinta orang macam Iman. Kita sama-sama mengajar diri
kita tentang erti cinta. Iman mungkin tak sedar tapi Iman sendiri lah yang
buatkan diri Iman seperti sekarang ni. Lisa hanya ade disisi Iman je.” Balas
aku.