expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cinta Jangan Pergi Part 3


“Okey then if you said so. I’m Mikael by the way.” Dia menghulurkan tangannya yang putih melepak tu.
                “I melissa. You can call me Lisa.” Aku menyambut tangannya. Dia tersenyum.
                “Okeyla. I kena pergi dulu ni. Bye.” Aku melepaskan tangannya lantas mempercepatkan langkah untuk pulang. Dia hanya melihat aku pergi.
                Sampai sahaja di rumah, aku mencapai tuala untuk mandi. Bahang kepanasan sepanjang perjalanan pulang tu, tak dapat aku tahan lagi. Sambil aku membiarkan tubuhku dibaluti dengan air, fikiranku melayang memikirkan Iman. Bagaimana keadaannya sekarang. Adakah perit yang dirasai oleh aku terhadapnya dirasainya juga? Ah. Aku bodoh. Aku menangis di bawah pancutan air.
                Aku terlalu rindukan Iman. Gelak tawanya. Senyumannya. Pandangannya. Segalanya. Dialah lelaki yang aku rasa aku betul-betul cinta. Aku masih ingat bagaimana dia menyisir rambutku setiap kali dia ingin melihat mataku. Dia begitu memanjakan aku. Sekarang segalanya tiada. Pergi begitu sahaja. Aku sedih. Terlalu sedih.
                Aku menuju ke bilik setelah selesai mandi. Phone ku masih tiada tanda-tanda ia akan berbunyi. Aku berbaring di atas katil dengan hanya tuala membalut tubuhku. Aku menangis. Merindukan seseorang yang mungkin merindui aku juga.
                “Lisa..Iman nak Lisa tahu. Lisa saje untuk Iman. Lisa kena tahu, Iman akan sentiasa perlukan Lisa untuk menjadi tulang belakang Iman. Kalau Lisa takde, Iman nak bergerak pun tak boleh sayang. Iman cinta Melissa.”
                “Ye Iman. Lisa tahu. Lisa takkan pergi mana. Lisa ada untuk Iman. Iman kena percaya tu. Okey? Lisa lagi cinta Iman.” aku tersenyum sambil menggenggam erat jemarinya.
                Sudahlah. Berhenti dari membuat aku merinduinya Tuhan. Aku sakit. Sakit sangat. Airmata aku tidak berhenti-henti mengalir. Aku tidak tahu atau mungkin aku tidak sedar yang aku sudah semakin jauh dengan Iman beberapa minggu sebelum dia meninggalkan aku. Dia jarang menelefon dan bermesej. Aku hanya berfikiran positif dengan menyatakan yang mungkin dia sibuk. Rupanya ada benda lain yang dirancang, perpisahan aku dan dia.
                Aku menoleh ke dinding yang penuh berisi gambar-gambar aku dengannya. Pedih. Senyumannya di setiap gambar. Kemesraan aku dan dia semacam tema untuk setiap gambar yang ada di dinding rumahku ini. Aku tidak mahu menanggalkannya dari dinding. Aku tidak mahu melepaskan dia pergi. Dia milik aku.
                Aku bangun. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Tidak aku sangka, dah berjam-jam aku berbaring di katil melayan perasaan. Aku menyiapkan diri lalu pergi ke ruang tamu. Phone ku berdering.
                “Liz, aku nak pergi rumah kau ni. Aku ada bawak kek coklat untuk kau. Nyam nyam.” Suara Najiha. Itu aku pasti.
                “Sedapnya. Cepat-cepat datang.”
                Tiba-tiba, pintu rumahku diketuk. Aku membukanya lantas berdiri seorang gadis bernama Najiha.
                “Pantas betul kau Jiha. Tak sabar sangat kau nak bagi aku makan.” Aku berseloroh.
                “Aku dah lama dah kat bawah sebenarnya. Saje telefon kau last minute. Kau tu bukan reti keluar rumah pun. Tahu terperap je.” Najiha memerli aku.
                “Ish kau ni. Sehari tak kacau aku tak boleh ke? Aku hempuk kau dengan kuali tu kang, baru kau tahu.”
                “Dahlah. Dengar kau cakap, buat aku lapar. Jom makan kek aku buat ni. Sedap gile kot.”
                Aku mempelawanya ke meja makan dan mengambil dua piring untuk diletakkan kek coklat itu. Memang nikmat memakan kek coklat sambil hujan renyai-renyai diluar.
                Selesai makan, aku mengajak Najiha untuk menonton perlawanan Manchester United menentang Real Madrid. Aku penyokong tegar Manchester United manakala Najiha penyokong tegar Real Madrid. Memang kena la tu. Setiap kali gol dijaringkan, kami akan saling mengutuk kelemahan pasukan masing-masing. Akhirnya, Manchester United menang dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Puas hati aku melihat kekecewaan Najiha.
                “Alalalala. Baby I merajuk sebab pasukan dia kalah. Kesiannya.” Aku sengaja memerlinya.
                “Sudahlah you! Kita putus! Wekkkk!” Najiha menjelirkan lidahnya. Kami tergelak.
                Deringan telefon bimbitku mengganggu perbualan aku dan Najiha. Nombor yang tidak aku kenali. Aku mengangkatnya.
                “Helo. Sape ni?”
                “It’s me, Mikael. You help me to find coordinator’s room. Remember?” aku terkejut.
                “Oh. You. Macam mana boleh dapat nombor I ni?” nadaku agak sinis.
                “I found it in the attendance slip. I thought I might need you so, I take your number. Sorry.”
                Gila ke mamat ni? ‘I think I might need you’? Apa kejadah dia perlukan aku pulak. Aku bukan assistant dia. Ini gila. Sah gila.
                “Oh. Takpelah. You dah ambil pun. So, you nak apa call I malam-malam ni?”
                “You free now?”
                “Tak. I tengah ada dengan boyfriend I. Keluar makan.” Aku terpaksa menipu. Aku tahu sangat mesti dia ingin mengajak aku ke mana-mana.
                “I thought you just broke up with your bf?”
                “Hey, you selidik kisah hidup I ni kenapa?” aku bernada marah.

bersambung