expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Cinta Jangan Pergi Part 2


dimarahi Najiha. Kesian dia menunggu aku selama itu. Najiha kurang berminat dalam hal-hal fesyen. Dia simple orangnya maka kalau dia bersiap, ianya tak sampai 5 minit. Aku berharap sangat aku dapat jadi macam tu tapi hampeh.
                Warung mama memang jadi pilihan aku dengan Najiha. Bukan sebab sedap sangat. Rasanya sekadar boleh diterima tekak. Aku dengan Najiha selalu pilih tempat ni sebab ianya yang paling dekat dengan pintu masuk kolej jadi senang. Kat warung Mama la tempat aku berkongsi cerita dengan Najiha. Memang tak sah kalau duduk warung Mama, tak bergosip. Al-maklumlah. Perempuankan.
                “Lisa, semalamkan kau tak masuk kelas. Ada sorang mamat baru masuk section kita.” Najiha memulakan perbualan.
                “Eh, iye ke? Baguslah. Bertambah-tambah kera dalam kelas tu. Buat sakit hati je nanti.” Balas aku.
                “Kera apenya kau ni Lisa? Hensem doh mamat tu. Tinggi. Kau kan suka mamat tinggi-tinggi ni.”
                “Memanglah aku suka tapi aku nak Iman.”
                Najiha terdiam seketika.
                “Kau ni apelah bengap sangat. Merata mamat kat dunia ni. Iman tu jugak kau kejar. Macamlah dia nak kat kau lagi.”
                “Diamlah kau Najiha anak Nasman. Kau tak tahu apa.”
                “Woi, nama bapak aku Najman la. Sedap-sedap kau tukar.”
                Aku dan Najiha tergelak. Memang betul apa yang dikata Najiha tadi tapi kenyataan tu aku tak mahu terima. Otak aku takkan dapat proses hal macam tu. Najiha faham tapi sebagai seorang rakan, dia nak aku teruskan hidup dan cari orang baru untuk dicinta.
                Selesai makan, aku dan Najiha menghadirkan diri ke kelas. Mulanya pukul 9 dan berakhir pukul 11 pagi. Najiha tak habis-habis mengomel tentang ‘mamat baru masuk’ tu. Aku diam tanpa respon. Aku duduk bersama Najiha di baris kedua. Menunggu pensyarah untuk masuk. Pintu diketuk.
                “TESL section 15 is it?” tanya seorang jejaka tinggi lampai berbaju kemeja merah.
                “Yes. Come in.” jawab class rep aku, Wan.
                Mungkin dia mamat yang Najiha ceritakan kat aku tadi. Takdelah hebat mana pun dia tu. Lantaklah. Aku malas nak fikir. Pensyarah pun masuk dan memulakan pengajaran dan pembelajaran. Selesai kelas itu, Najiha mengajak aku ke perpustakaan sementara menunggu kelas pukul 1 tengahari.
                “Weh Lisa. Tadi aku nampak mamat tu pandang kau la. Asyik benar dia pandang kau sampai tak fokus dia belajar. Kau dah ada crush nie. Habislah. Habislah kau.” Najiha tersenyum kambing.
                “Kau ni ada-ada jelah. Penat aku nak melayan kau. Dah. Jom study.”
                Muka aku kelihatan serius yang menyebabkan Najiha berhenti memberikan senyuman kambingnya.
                Rumah yang aku diami sekarang tidaklah begitu jauh dari kolej. Aku tinggal berseorangan memandangkan rumah itu merupakan rumah yang dibeli oleh ayahku. Terkadang aku merasa sangat bosan tapi aku seronok daripada terpaksa berkongsi rumah dengan orang lain. Pernah juga aku mengajak Najiha untuk tinggal bersamaku tapi dia menolak kerana segan sekiranya tinggal di rumahku tanpa bayaran. Bagi aku, wang itu tidaklah penting memandangkan Najiha selalu menolongku dalam banyak perkara tapi apakan daya bila dia telah menolak.
                Aku keluar dari kelas dengan pantas setelah kelas terakhir selesai. Aku bergegas turun melalui tangga memandangkan terlalu ramai orang menunggu lif. Tiba-tiba, aku terasa bahuku disentuh.
                “Hey, you.” Suara garau kedengaran lantas membuatkan aku menoleh untuk melihatnya. Inilah mamat yang diceritakan Najiha selama ini.
                “Ye. Kenapa?” aku membalas dengan nada hambar.
                “Can you show me the coordinator’s room? I couldn’t find it anywhere. It stress me out.”
                “Oh. Boleh. Jomlah.”     
                Dia berjalan disebelahku tanpa sekali pun aku cuba memandangnya. Dia diam maka aku pun turut diam. Tidaklah aku mahu bersuara kepada orang asing sepertinya. Aku berniat hanya ingin membantunya mencari bilik koordinator. Itu sahaja. Noktah.
                “Hey, thank you girl. Can you wait here for a moment?” dia tersenyum.
                “Yelah. Yelah.” Aku membalas dengan nada terpaksa memandangkan aku sudah mulai rimas.
                Setelah beberapa minit, ‘mamat baru masuk’ ni berada di dalam bilik koordinator, akhirnya dia keluar.
                “Okey. Finish. So, can I buy you a drink or something?” dia mengangkat keningnya sambil tersenyum.
                “Tak. Takpelah. I nak balik dah ni. I ada keje sikit nak siapkan.” Aku cuba menolak.
                “Ah. Come on. Just a drink then you may leave. I insist. Just for helping me today.”
                Aku tidak tahu alasan apa lagi nak aku beri. Aku menolak karang, mahunya dikata aku berlagak. Ikut karang, si Najiha nampak, mampus pulak aku. Ah! Apa ni?
                “Takpe. Esok you belanjalah I okey. Hari ni memang tak boleh.”
                Berubah terus muka mamat tu. Daripada dia tersenyum, terus saja dia memasamkan muka.

bersambung